Kesukaran Dipermudahkan Dalam menjalani kehidupan, manusia tidak dapat lari dari menghadapi rintangan. Rintangan ini boleh jadi datang dalam keadaan yang mudah dan juga dalam keadaan yang sukar. Begitu di dalam kehidupan beragama, dalam melaksanakan perintah dan larangan Allah Ta'ala, Pencipta kita dan kehidupan ini, pasti tidak terlepas dari dua hal ini. Atas dasar ini, saya cuba membawa tajuk khusus berkenaan dengan hal ini untuk saya jelajahi dan selami hakikatnya. Ungkapan ini diterjemahkan dari salah satu kaedah umum dalam Islam iaitu المشقة تجلب التيسر - al-masyaqqah tajlibu at-taisir. Ia membawa maksud kesukaran yang dihadapi itu menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan urusan tersebut. Pengertian المشقة , al-masyaqqah kalau kita tinjau dari sudut bahasa adalah suatu keadaan yang menyukarkan lebih dari kebiasaan. Berdasarkan pengertian ini, yang dikehendaki dengan kesukaran di sini ialah kesukaran yang dihadapi dalam melaksanakan kehidupan seharian diluar kemampua
Posts
Showing posts from August, 2021