Kelebihan Surah al-Baqarah dan al-Imran
Bismillahirrahmanirrahim; Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ! Aku memuji-Nya dan aku memohon pertolongan dan keampunan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada sesembahan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah. Amma ba’d: Ini adalah terjemahan yang saya nukilkan dari kandungan kitab tafsir Ibnu Katsir, Tafsir fi Quranil 'Adzim dalam tafsir surah al-Baqarah dalam bab Kelebihan surah al-Baqarah dan al-Imran: Imam Ahmad berkata bahawa Abu Nu’aim mengkhabarkan kepada mereka bahawa Bishr bin Muhajir berkata bahawa Abdullah bin Buraidah meriwayatkan kepadanya dari ayahnya, “Aku duduk bersama dengan Nabi saw dan aku mendengar beliau bersabda, تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَة “Pelajarilah surah al-Baqarah maka sesungguh darinya barakah, meninggalkannya adalah kedukaan, dan tidak mampu baginya kebatilannya” Dia tetap berdiam sebentar dan kemudian bersabda, تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْب