Latarbelakang Surah Al-Baqarah
Surah Al-Baqarah Diturunkan Di Madinah. Tiada perselisihan pandangan tentang keseluruhan al-Baqarah diturunkan di Madinah. Lebih lagi al-Baqarah adalah surah pertama yang diturunkan di Madinah, semasa, Allah swt berfirman, وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ “Dan takutlah kamu pada hari kamu dikembalikan padanya kepada Allah” adalah ayat yang akhir yang diturunkan dari al-Quran. Juga ayat tentang usury adalah antara ayat yang akhir diturunkan. Khalid bin Ma’dan pernah memanggil al-Baqarah sebagai fustat al-Quran. Ada ulama berkata bahawa ia mengandungi beribu insiden baru, beribu suruhan dan beribu larangan. Mereka yang membilang mengatakan bahawa jumlah bilangan ayat al-Baqarah adalah 287, dan perkataannya 6,221 patah perkataan. Seterusnya, hurufnya adalah 25,500 huruf. Wallahualam. Ibnu Juraij meriwayatkan bahawa ‘Ata berkata bahawa Ibnu Abbas berkata, ‘ Surah al-Baqarah diturunkan di Madinah’ . Juga berkata Khasif dari Mujahid bahawa Abdullah bin Zubair berkata; ‘Su