Syariat Islam
Makna Syariah Dalam Islam.
“Syariah” dalam kamus serta syarahnya adalah segala sesuatu yang ditetapkan Allah kepada hamba-Nya berupa cara hidup termasuk di dalamnya perintah suruhan dan larangan seperti puasa, solat, haji, zakat dan seluruh amalan kebajikan. Perkataan “syariah” ini muncul dari firman Allah swt:
﴿ثُمَّ جَعَلْنَـكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الاٌّمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَآءَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ ﴾
“Kemudian kemudian kami jadikan engkau di atas syari’ah dari urusan itu maka ikutilahnya dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui[1]” – Al-Jathiyah:18
Lafaz “syara’a” ini sebagai kata kerja dan “syari’ah” sebagai kata nama, sedangkan dalam bentuk kata kerjanya di dalam firman Allah swt:
﴿شَرَعَ لَكُم مِّنَ الِدِينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِى أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُواْ الدِّينَ وَلاَ تَتَفَرَّقُواْ فِيهِ﴾
“Dia telah menetapkan bagi kamu daripada agama itu apa yang telah diwasiatkan dengan-Nya juga Nuh dan apa yang Kami wahyukan kepada engkau dan apa yang telah Kami wasiatkan dengannya Ibrahim dan Musa dan ‘Isa bahawa hendaklah kamu menegakkan agama itu dan janganlah kamu berpecah belah di dalamnya”[2] – Syuraa:13
Apa yang disyari’atkan didalam ayat ini adalah berkaitan dengan pokok-pokok agama iaitu ushuluddin dan aqidah bukan cabang-cabang yang menjadi amalannya. Demikian pokok-pokok agama itu adalah sama pada setiap risalah Allah dari Nabi Nuh as hinggalah sampai kepada Nabi Muhammad saw.
Pada surah yang sama, firman Allah swt;
﴿أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُواْ لَهُمْ مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ وَلَوْلاَ كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِىَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّـلِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾
“Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih"
Terdapat kata kerja “syara’a” di atas yang Allah swt gunakan buat mencela orang-orang musyrik, yang mengambil hak Allah dalam membuat syariat mereka sendiri tanpa keizinan dari-Nya.
Ini semuanya terdapat dalam ayat-ayat Makiyyah[3] sedangkan dalam ayat-ayat Madaniyyah[4] antaranya;
﴿ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَـجاً ﴾
“ Untuk tiap-tiap umat diantara kamu Kami berikan aturan dan jalan yang terang.”[5]
Kata nama syir’ah di atas bermaksud jalan yang terang. Kata nama “syari’ah” hanya terdapat di dalam ayat Jatsiyah:18 sahaja yang Makiyyah, iaitu sebelum turunnya ayat-ayat tasyri’. Atas alas an ini para penganjur sekularisma, berpandangan salah dalam masalah ini. Mereka mengatakan bahawa “Lafaz “syari’ah” tiada di dalam al-Quran dalam erti perundangan dan tasyri’, jadi mengapakah kamu menumpukan pada masalah tasyri’ dalam Islam ?”.
Kalau masalahnya masalah lafaz, begitu juga dapat dikatakan bahawa di dalam al-Quran juga tiada lafaz “aqidah” samada di ayat-ayat Makiyyah ataupun di ayat-ayat Madaniyyah, tetapi mengapa menaruh perhatian terhadap soal-soal aqidah ? Demikin juga dalam al-Quran tiada lafaz “fadhilat”, jadi kenapa diberi juga perhatian kepada masalah fadhilat ? Ini adalah antara kekeliruan dan kesalahan yang terungkap dalam pemikiran mereka yang tidak mungkin seseorang yang berakal terperosok ke dalamnya.
Adalah sesuatu yang pasti dak yakin, bahawa al-Quran merangkumi berbagai-bagi hukum tasyri’ dalam pelbagai aspek kehidupan, di antaranya:
1. Berkaitan dengan Ibadah.
2. Berkaitan dengan Munakahat.
3. Berkaitan dengan Jinayah.
4. Berkaitan dengan Mu’amalat.
5. Berkaitan dengan Siyasah.
Ayat-ayat yang mencakupi hal-hal yang berkaitan di atas dikenali sebagai “Aayatul Ahkam” atau Ayat-ayat Hukum. Malah sebahagian besar ulama-ulama baik mutaqaddimin dan muta’akhirin telah menaruh perhatian yang besar terhadap soal-soal ini dengan mengarang kitab-kitab khusus mengenainya, seperti:
1) Ahkamul Qur’an oleh Imam Abu Bakar Ar-Razi Al-Hanafi atau Imam Jashshash rhm wafat tahun 370H
2) Ahkamul Qur’an oleh Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi Al-Maliki rhm wafat tahun 53H.
3) Ahkamul Qur’an oleh Imam Syafi’I rhm, yang dihimpun oleh ulama hadis Abu Bakar Al-Baihaqi As-Syafi’I rhm wafat tahun 456H.
4) Al-Ikliil wa Istinbat At-Tanzil oleh Al-Hafiz As-Suyuthi rhm wafat tahun 911H.
Di antara kitab yang ditulis oleh ulama muta’akkhirin ialah Tafsir Ayaatil Ahkam oleh Syeikh Muhammad Ali Sayis dan sahabat-sahabatnya.
Mengenai jumlah ayat-ayat hukum, para ulama sejak dahulu berselisih pendapat dalam menentukan jumlahnya sebagai satu syarat seorang yang hendak berijtihad dan keharusannya mengetahui tentang al-Quran. Paling masyhur, adalah 500 ayat, dan sebahagian darinya berpendapat lebih dari 500 ayat.
Wallahualam.

Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?