Sekilas Isteri-Isteri Nabi SAW
Assalamualaikum; Alhamdulillah, segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarganya dan juga para sahabat baginda. Allah tidak melantik seorang utusan-Nya untuk manusia dari kalangan malaikat dan jin kerana antara tujuan perutusan Rasul adalah membimbing manusia melalui suri tauladan, bagaimana malaikat dan jin dapat melakukan perkara seumpama itu sedangkan fizikal dan kejadian serta keperluan mereka amat berbeza dari manusia. Kehidupan Rasulullah saw tidak lebih biasa daripada kita dari segi keperluan fizikal seperti makan minum, berpakaian, berumahtangga, dan segalanya yang berkaitan dengan keinginan seorang manusia. Ini adalah kisah rumahtangga Nabi Muhammad SAW, yang boleh kita mengambil pelajaran daripadanya, cuma jangan nikah lebih dari 4...ye ! 1) Siti Khadijah binti Khuwailid – Ummul Mukminin “Allah tidak memberi kepadaku pengganti isteri yang lebih baik dari dia (Khadijah ra). Dia beriman ke