Dengarkan "Ghuraba"
Assalamualaikum;
Berhibur tiada salahnya oleh itu, dengarkan "Ghuraba" nyanyian Syeikh Sa'id Al-Ghamidi.Ini adalah video pertama yang saya hasilkan, sebarang komen dialukan:
Macam mana ? Maksud saya, siapakah "ghuraba" yang sebenarnya ? Pastinya bukan pelancong asing, sesiapa sahaja boleh menjadi orang asing, mengasingkan diri, diasingkan atau terasing. Pengasingan boleh memiliki banyak sebab, menjadi asing kerana benar atau diasingkan kerana salah.
Siapakah Ghuraba ? Untuk mengenalinya marilah kita lihat kepada hadis yang disandarkan perkataan ini. Atas kelemahan diri, hadis ini ada diriwayatkan dalam Sahih Musim, dan materi hadis:
عن أبي هريرة؛ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ غريبا. فطوبى للغرباء".
"Daripada Abi Hurairah ra, beliau telah berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:
Permulaan Islam itu dalam keadaan asing, dan akan kembali sebagaimana permulaannya dalam keadaan asing jua. Maka