Posts

Showing posts from January, 2010

Merokok Haram Di Pahang

Image
"Merokok haram di Pahang ! Itu yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Pahang sebagai fatwa untuk dikuatkuasakan. Mufti Pahang Dato' Abdul Rahman Othmman berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Negeri, Disember tahun lalu.Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas menilai kewajaran merokok serta kesannya kepada masyarakat umum. Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah mengeluarkan fatwa merokok haram kerana boleh menjejaskan kesihatan. Fatwa itu bagaimanapun gagal dikuatkuasakan di kebanyakan negeri kerana belum diwartakan. Pada masa ini larangan merokok hanya dikuatkuasakan di kawasan masjid." - Petikan Buletin Utama TV3, 23/01/2010.

Perbezaan Syariah dan Fiqh

Image
Assalamua'alaikum warahmatullahi wabaraktuh; Dikalangan penulis terutamanya mereka yang berfahaman liberal memahami bahawa hukum syariah dan hukum fiqh itu berbeza. Mereka mendakwa hukum fiqh adalah produk akal manusia bukan datang daripada Allah Ta'ala dan hukum syariah itulah sebenarnya hukum-hukum yang datang daripada Allah Ta'ala. Benarkah dakwaan mereka ini ? Mereka juga berjaya mempengaruhi sebahagian daripada orang-orang awam dengan kefahaman ini. Lantas berlakunya penolakan terhadap hukum-hukum fiqh oleh mereka dan mencukupkan diri dengan hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran sahaja atau Al-Quran dan As-Sunnah sahaja. Ini adalah sesuatu yang tidak benar sama sekali. Menolak hukum-hukum fiqh secara tidak langsung sebenarnya menolak syariat Allah itu sendiri. Kitab Al-Umm, kitab fiqh mazhab Al-Imam As-Syafi'e Sebelum mengupas lebih lanjut fenomena ketidakfahaman ini,marilah kita sama-sama menelaah sedikit maksud istilah syariah dan fiqh itu sendiri. Ma

Belajar Bahasa Arab: Sukar atau Mudah ?

Assalamualaikum warahmatullah; Mudah atau susah nak mempelajari Bahasa Arab ? Persoalan ini adakalanya menghantui diri saya, manakan tidak ? Terngiang-ngiang di corong telinga saya gemaan dakwaan sesetengah guru-guru Bahasa Arab mempelajari Bahasa Arab sebenarnya mudah.Malah ada yang mendakwa cara-cara pembelajaran sekian-sekian mudah dipraktikkan tanpa menghafal kata-kata Arab, pola-polanya, serta tak perlu mengingat beberapa bentuk jadual kata-kata ganti nama, penjodoh bilangan, kiraan nombor dan sebagainya. Benarkah sedemikian mudahnya ? atau bagaimana ? Kadang-kadang terfikir juga, mungkinkah kesemua dakwaan ini sekadar melariskan atau menarik perhatian mereka yang hendak belajar bahasa Arab secara cepat dan mudah. Atau mungkin memang benar guru-guru Bahasa Arab ini memiliki kaedahnya tersendiri dalam menyediakan kaedah pembelajaran yang lebih efektif ? Jika dulu, saya yang pernah menjadi pelajar sekolah Arab terpaksa menghafal dan mengingat setiap bentuk atau pola-pola bagi kata-k

Bahasa Arab: Pembahagian Kata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; Pada entri yang lepas kita membicarakan tentang ayat dan struktur ayat dalam bahasa Arab. Sebagai ulangan yang lepas, kita buat kesimpulan: 1) Ayat itu ada dua keadaan: Ayat Lengkap dalam Bahasa Arabnya, "al-jumlatul mufidati" - ejaan Arab - الجُملةُ المُفِيدَةُ Ayat Tidak Lengkap dalam Bahasa Arabnya, "al-jumlatu ghairul mufidati" - ejaan Arab - الجُمْلَةُ غَيْرُ المُفِيْدَةِ Tinggalkan ayat yang tidak lengkap kerana ayat ini tidak memberi sebarang faedah kepada pembaca dan pendengar. Disebutkannya disini sebagai pengetahuan semata-mata. Teruskan tumpuan kepada perbincangan ayat lengkap. Struktur ayat lengkap ini dibahagikan kepada 3 mengikut kata-kata yang pertama digunakan disusun dalam ayat samada kata nama, kata kerja dan kata tugas. Memandangkan, binaan struktur ayat secara asasnya terdiri daripada susunan kata-kata ini, maka mengenali dan memahami setiap daripada kata-kata ini adalah merupakan asas yan