Merokok Haram Di Pahang


"Merokok haram di Pahang ! Itu yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Pahang sebagai fatwa untuk dikuatkuasakan. Mufti Pahang Dato' Abdul Rahman Othmman berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Negeri, Disember tahun lalu.Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas menilai kewajaran merokok serta kesannya kepada masyarakat umum. Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah mengeluarkan fatwa merokok haram kerana boleh menjejaskan kesihatan. Fatwa itu bagaimanapun gagal dikuatkuasakan di kebanyakan negeri kerana belum diwartakan.

Pada masa ini larangan merokok hanya dikuatkuasakan di kawasan masjid." - Petikan Buletin Utama TV3, 23/01/2010.




Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين

Mengenal Kata Nama الأسم