Posts

Showing posts from February, 2010

Ulasan Buku: Tasauf Menurut Ibnu Taimiyyah

Image
Assalamualaikum; Buku Tasauf Menurut Ibnu Taimiyyah adalah sebuah karya tulisan Dr. Thiblawy Mahmoud Sa'ad dan diterjemahkan oleh Ahmad Fauzi Hamid. Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk membetulkan tanggapan atau menafikan tuduhan oleh sesetengah pihak tentang berlakunya permusuhan atau penolakan antara Syeikhul Islam Taqiyuddīn Abu 'l-ʿAbbās Ahmad ibn ʿAbd al-Halīm ibn ʿAbd as-Salam Ibn Taymiya al-Harrani dengan ahli tasawwuf dan ilmu tasawwuf itu sendiri.Method penolakan dan penafian melalui jalan kajian bagaimana pandangan Ibnu Taimiyyah rhm terhadap golongan sufi melalui karya-karya tulis peninggalan beliau tentang tasawwuf dan golongan sufi. Buku ini dimulakan dengan pengertian "salaf", ini sangat menghairankan kerana yang hendak dibicarakan adalah tentang tasawwuf dan seharusnya pengertian tasawwuf patut diberi tumpuan.Kenapa demikian ? Alhamdulillah ! Setelah membaca buku ini, sedikit sebanyak saya dapat gambarannya tentang hal ini bahawa salaf adalah

Perbezaan Pendapat Yang Diharamkan

Image
السلام عليكم Perbezaan pendapat dalam mengambil sesuatu keputusan adalah lumrah dalam kehidupan manusia termasuk dalam beragama. Walaupun setiap daripada orang lebih memilih kebenaran, tetapi selalunya kita tidak bersetuju antara satu sama lain tentang kebenaran itu dalam keadaan tertentu. Dalam konteks Islam, perbezaan pendapat tidak ditolak 100% bahkan ada sebahagian daripadanya diberi keluasan oleh Allah Ta'ala sebagai rahmat buat hamba-Nya. Sebahagiannya lagi adalah dilarang berlaku perbezaan pendapat iaitu perkara yang berkaitan dengan perkara ushul atau pokok dalam agama. Ar-Risalah kitab ushul fiqh yang pertama disusun oleh Al-Imam As-Syafi'e Imam Syafi'e rahimahullahuta'ala berkata dalam kitabnya Ar-Risalah dalam bab Al-Ikhtilaf: "Sesungguhnya aku mendapati ahli ilmu samada yang terdahulu dan terkemudian berbeza pendapat dalam sebahagian urusan mereka maka apakah mereka dibenarkan berlaku sedemikian? Aku mengatakan bahawa perbezaan pendapa