Posts

Showing posts from June, 2016

Isim al-makaaan ( Kata Tempat)

Isim al-Makaan ialah kata nama terbitan yang menunjukkan tempat dimana suatu perbuatan  itu terjadi. Contoh مَصْنَعٌ   kilang dari kata kerja صَنَعَ  bermakna buat atau usaha,  bermakna tempat mengusahakan sesuatu. Kata nama ini diambil dari kata kerja mujarrad dan juga kata kerja mazidu fih. Dari kata kerja mujarrad tiga huruf asli, boleh didapati dalam acuan berikut: 1) Maf’il مَفْعِلٌ 2) Maf’al  مَفْعَلٌ Maf’il digunakan untuk kalimat tiga huruf aslinya sahih dan dalam bentuk fi’il mudhari’ yang huruf asli keduanya berbaris bawah. Contoh, مَضْرِبٌ   dari ضَرَبَ   kata kerja tiga huruf aslinya sahih dan bentuk fi’il mudhari’nya pada huruf asli yang keduanya berbaris bawah يَضْرِبُ Jika kalimat yang huruf aslinya mu’tal dengan huruf sakitnya pada huruf pertama dan huruf sakit itu dibuang dan diganti dengan ي apabila menjadi fi’il mudhari’. Maka apabila dijadikan isim al-makaan huruf sakit dikembalikan seperti وَعَدَ يَعِدُ   menjadi مَوْعِدٌ Maf’al digunakan tanpa pengecual

Isim al-Mubalaghah

Isim al-mubalaghah ialah kata nama yang menunjukkan suatu perbuatan atau keadaan yang dimaksudkan itu keluar dari batasan atau bersangatan. Terdapat banyak acuan bagi isim al-mubalaghah dan sebahagian besarnya hanya dapat diketahui melalui kaedah sama’i iaitu dari pertuturan orang arab sendiri, antaranya yang dapat disenaraikan: فَعَّالٌ، فَعُّولٌ، فَعِيلٌ، فَعُولٌ، مِفْعِيلٌ، مِفْعَالٌ، فُعُولٌ Kebanyakan isim al-mubalaghah diambil dari kata kerja mujarrad yang huruf aslinya tiga dan sangat sedikit yang diambil dari kata kerja mazidu fih.

Isim Tafdhil

Isim Tafdhil Isim tafdhil ialah isim yang memberi sifat kelebihan seseorang atau sesuatu melebihi dari yang lain. Tasrif isim ini berada di atas dua acuan : 1) أَفْعَلُ  Af’alu bagi muzakkar 2) فُعْلَى  Fu’laa bagi mu’annath Kaedah tasrifnya: Isim tafdhil adalah termasuk isim musytaq yang diambil dari akar kata kerja aktif (ma’lum) yang asli hurufnya (mujarrad). Berikut adalah kata kerja yang tidak dijadikan sebagai Isim Tafdhil; 1) Kata kerja yang tidak sempurna. 2) Kata kerja yang tidak boleh ditashrif. 3) Kata kerja yang berkaitan dengan warna atau kecacatan. 4) Kata kerja yang maknanya tidak sepatutnya untuk menyatakan sifat kelebihan. Kaedah penggunaannya: Berikut adalah peraturan dalam menggunakannya: 1)  Isim tafdhil diikuti selepasnya harf. 2)  Isim tafdhil digandingkan dengan kata nama nakirah dengan makna idhaafah. 3)  Isim tafdhil diselit dengan alif lam makrifah. 4)  Isim tafdhil diganding dengan kata nama makrifah. Apabila isim tafdhil digunakan dalam p

Tanda al-Ismu: Huruf al-Nida (Kata Seru)

Alhamdulillah. Setakat ini saya telah menyentuh tiga tanda mengenal al-ismu daripada lima tanda-tanda al-ismu, iaitu: Tanda " ال التعريف " Tanda " التنوين " Tanda " المجرور " Kini tiba untuk tanda seterusnya, tanda yang ke empat  an-Nidaa' . ejaan Arabnya  النِّداء , terjemahan bahasa ialah seruan atau panggilan. An-Nidaa' ialah  mengarahkan panggilan kepada lawan bicara agar memberi perhatian dan mendengar ucapan yang ingin disampaikan oleh pembicara . Ianya adalah kalimat panggilan dengan huruf-huruf berbentuk seruan samada secara zahir atau secara anggapan sahaja. Harf an-Nidaa , ejaan Arabnya  حرف النِّداء  ialah huruf-huruf berbentuk seruan mewakili perbuatan memanggil. Maksudnya asal perbuatan memanggil itu dengan kalimat "Aku memanggil kamu....." kemudian bagi memudahkan penggunaanya maka digantikan dengan huruf-huruf seruan seperti "Wahai kamu......". Wahai, Hai...dan seumpamanya adalah huruf panggilan.