Posts

Showing posts from September, 2017

Pembahagian Hukum Al-E'raab.

3. PEMBAHAGIAN E’RAAB Pembahagian e’raab disini bermaksud jenis-jenis atau hukum-hukum perubahan yang berlaku diakhir kalimat dalam ayat. Hukum-hukum e’raab itu ada empat jenis iaitu: i. Rafa’ ii. Nasab iii. Khafad atau Jar iv. Jazm Pembahagian-pembahagian ini berdasarkan penelitian dan kajian para ulama terhadap ayat-ayat bahasa Arab dan mereka mendapatinya tidak lepas dari empat hukum ini. Bagi kalimat isim, hukum e’raabnya menerima rafa’, nasab dan jar sahaja. Bagi kalimat fi’el pula  dapat menerima hukum rafa’ , nasab dan jazm sahaja. Bagaimanapun bagi kalimat huruf ia tidak memiliki hukum e’raab kerana ia adalah kalimat mabni. Bahkan semua kalimat isim dan fi’el yang mabni terhalang dari e’raab dan kita katakan sebagai e’raab mahalli, lihat penjelasan تغيير أواخر الكلم    dalam bab definisi. Kesimpulannya, isim dan fi’el bersekutu pada menerima hukum rafa’ dan nasab, manakala jar khusus bagi isim dan jazm khusus bagi fi’el.

Al-E'RAAB الإعراب

1. PENGENALAN Al-E’raab adalah suatu bab dalam perbahasan ilmu nahu. Ia adalah suatu ilmu yang menjelaskan kedudukan suatu kalimat atau jumlah dalam binaan ayat dan bagaimana ia dilafazkan bagi menunjukkan maksud yang ingin disampaikan. 2. DEFINISI Al-E’raab dari sudut bahasa ialah  أفصح عنه   afsaohu ‘anhu, mengungkapkan sesuatu. Apabila kita hendak mengungkapkan sesuatu maka kita katakan أعربت عما في نفسي   , aku mengungkapkan tentang sesuatu dalam diriku. Menurut istilah, الإعراب هو تغيير أواخر الكلم لاختلاف العوامل الداخلة عليها لفظا أو تقديرا  , ialah perubahan diakhir kalimat atau perkataan kerana perbezaan fungsi yang masuk ke atasnya secara nyata atau pada anggapan sahaja. Kita perhatikan istilah ini, تغيير أواخر الكلم   , iaitu perubahan bacaan pada akhir huruf pada satu kalimah. Maksudnya, perubahan yang berlaku pada hujung sebuah kalimat, samada dibaca dhammah, fathah, kasrah atau jazam. Perhatikan, akhir kalimat, jadi perubahan pada pertengahan  dan awal sebuah