Bukan Orangnya Tapi Sikapnya
Seringkali kita salah memahami apabila kita membenci orang yang berbuat salah atau mengutuk orang yang melakukan suatu dosa itu bermaksud kita membenci atau mengutuk orangnya.Tidak ! Bukan itu maksudnya, yang kita benci adalah perbuatan salahnya, yang kita kutuk adalah perlakuan dosanya, sikapnya yang tidak selaras dengan tuntutan syariat. Bukan susuk tubuhnya dan bukan kerana dia sebagai manusia. Kesalahfahaman ini akan menimbulkan beberapa siri tindakan yang sewajarnya tidak kita lakukan terhadap mana-mana manusia. Seterusnya membuat kita tidak berlaku adil kepada manusia. Jangan kerana sikapnya yang tidak baik dan suka membuat maksiat menyebabkan kita terhalang daripada menunaikan hak-haknya sebagai manusia. Ini kerana, susuk tubuhnya itu adalah ciptaan Allah Ta'ala sedangkan sikap atau perbuatan dosa adalah pilihannya samada pilihan itu dilakukan atas dasar ketidaktahuan dan atas dasar kekeliruan atau dalam keterpaksaan. Ini kerana fitrah manusia tidak menginginkan kejahatan, k