Posts

Showing posts from December, 2009

Bahasa Arab: Struktur Ayat - بِنَأ الجُملَة - Syntax

Pengenalan Kajian Tatabahasa Bahasa Arab seperti juga mana-mana bahasa dunia lainnya, ianya melibatkan kajian tentang: Perkataan - الكلمة - Words; ilmu morfologi ( binaan kata) - morphology- الصرف. Ayat - الكلام - Sentences; ilmu sintaksis (binaan ayat)- syntax - النحو. Kedua-dua ilmu amat penting untuk dikuasai oleh sesiapa yang hendak menguasai Bahasa Arab Standard - Fushah. Walaupun penguasaan terhadap kedua-duannya tidak menjamin seseorang dapat bertutur Bahasa Arab dengan lancar atau memahami perbicaraan bahasa Arab tetapi sudah pastinya ilmu ini dapat membantu pengamalnya dalam memahami kalam Allah secara benar menurut kaedah-kaedah bahasa Arab. Firman Allah Ta'ala; قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ Al Quran dalam bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan mudahan mereka bertakwa. (Az-Zumar:39) Bagaimanapun, pada entri ini penulis menumpukan kajian dalam ilmu sintaksis - struktur binaan ayat - nahu. Dalam tatabahasa Mela

Jadi siapakah Ahlul Hadith ?

Oleh Syeikh Dr Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali Mereka adalah orang-orang yang berjalan di atas jalan para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebenaran, dalam berpegangan pada Kitab dan Sunnah, menggigitnya dengan gigi geraham mereka, dan meletakkannya (yaitu Al-Qur'an dan Sunnah) lebih diutamakan daripada pernyataan atau kod dan tingkah laku - baik dalam akidah, atau ibadah seperti hubungan dan transaksi, sikap, politik atau kehidupan sosial. Mereka adalah orang-orang yang teguh dalam hal dasar-dasar agama dan furuiyyah, yang Allah turunkan dan mewahyukan kepada hamba dan Rasul-Nya Muhammad (Sallallaahu alaihi wasallam). Mereka adalah orang-orang menyahut panggilan untuk berpegang kepadanya dengan segala usaha, ketulusan dan kesungguhan yang cekal. Mereka adalah orang-orang yang membawa ilmu Nabi (shallallaahu alaihi wasallam), membersihnya daripada penyelewengan dari orang-orang yang berlebihan (dalam hal) dan dakwaan yang berlebihan daripada orang-orang yang salah

Pengantar Al-Fiqhul Manhaji (Bhg:2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; Amma ba'd, rasanya lama dah terhenti sekejap posting Pelajaran Fiqh ini. Insyallah ! Saya sambung lagi dengan izin Allah Ta'ala: Sumber-Sumber Fiqh Islami Kami katakan sesungguhnya Fiqh Islami adalah himpunan hukum-hukum syariat yang berupa suruhan kepada hamba-Nya, dan himpunan hukum-hukum ini kembali kepada sumber-sumber yang empat: Al-Quran Al-Karim As-Sunnah Al-Ijma’ Al-Qiyas [ Tidak dinafikan sememangnya terdapat sedikit perselisihan ulama ushul tentang perletakan al-Ijma dan al-qiyas sebagai sumber hukum syara’ . Saya tidak akan membicarakan perbahasan ulama dalam hal ini, cukuplah dinyatakan bahawa menurut Prof. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya “Al-Qur’an dan As-Sunnah Rujukan Tertinggi”, bahawa dalam kitabnya Ushul 20 al-Ustaz Hasan al-Bana tidak menyatakan Al-Ijma’ dan Al-Qiyas sebagai sumber rujukan tertinggi pada Ushul Kedua-nya kerana: Al-Ijma’ dan Al-Qiyas sudah termasuk dalam Al-Quran dan As-Sunnah dalam ka

Sejarah Perkembangan Takwim Hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; Amma ba'd, sekarang kita berada dalam bulan 23 Zulhijjah 1430, menandakan kita berada di penghujung tahun Hijrah 1430 dan menyusul tahun 1431, genaplah usia penghijrahan umat Islam Mekah ke Madinah selama 1431 tahun yang lalu. Sempena tibanya tahun baru dalam Islam mengikut kiraan tahun qamariyah di sini saya ketengahkan sejarah perkembangan takwim hijrah sebagai pengetahuan buat diri saya dan juga pengunjung blog saya samada yang sengaja datang mengunjung atau yang tersesat. Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam,Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka'b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W. OrangArab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun nama itu tidak lagi tepat sebaga