Posts

Showing posts from May, 2013

Tasrif (تَصْرِيف): Binaan Kalimah ( بنية الكلمة )

Sebagaimana yang dijanjikan, sebelum ini kita kenal pengertian kalimah dan pembahagiannya kepada Kalimah Tunggal dan Kalimah Terbitan, dan juga kita kenali huruf-huruf yang asli dan huruf-huruf yang menjadi tambahan dalam satu-satu kalimah. Selanjutnya dalam entri kali ini, kita akan lihat binaan kalimah berdasarkan huruf-huruf tersebut. Binaan Kalimah Berasaskan kepada Huruf Aslinya, kalimah mempunyai tiga jenis binaan: Kalimah yang mengandungi tiga Huruf Asli dipanggil at-Thulathi ( الثلاثيُّ ) atau Tiga Huruf . Kalimah yang mengandungi empat Huruf Asli dipanggil ar-Ruba’I ( الرُّبَاعِيُّ ) atau Empat Huruf . Kalimah yang mengandungi lima Huruf Asli dipanggil al-Khumasi ( الخُماسيُّ ) atau Lima Huruf .

Tasrif (تَصْرِيف): Kalimah

Sambungan daripada entri sebelumnya, iaitu pengenalan tentang ilmu tasrif. Kini kita masuk pula tentang topik perbincangan tentang perkataan Arab yang menjadi tulang belakang pada kajian ilmu tasrif. Pengertian Kalimah. Tatkala seseorang bercakap, pertuturannya atau sebutannya ( الفاظ ) samada ia membawa pengertian atau tidak membawa pengertian . Kalimah itu adalah lafaz tunggal (mufrad) menunjukkan maksud yang khusus. Kalimah adalah lafaz tunggal iaitu perkataan yang bukan ayat.  Dalam tasrif, lafaz yang membawa pengertian dipanggil lafaz dalam penggunaan ( لفظ مستعمل ).

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Image
Entri kali ini, setelah sekian lama tak aktif blogging, saya hendak berkongsi salah satu cabang ilmu Bahasa Arab yang paling menarik minat saya iaitu Ilmu Saraf, bukan urat saraf, dan bukan juga ilmu perang saraf tapi sebutan betulnya sorfun, dalam bahasa moden kita dinamakan Ilmu Morfologi iaitu satu ilmu yang mengkaji tentang pembentukan perkataan. InshaAllahu Ta'ala !. Pengenalan Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang ilmu tasrif, terdapat beberapa perkara pokok mesti diperkenalkan terlebih dahulu, bermula dengan pengertian tasrif ,  selok belok pengajian ini dan sedikit istilah yang akan berguna dalam entri kali ini. Pengertian Tasrif Dalam Bahasa Arab, tasrif secara bahasa bermaksud mengembangkan, mengubah, mengguna dan lain-lain.  Sudut pengertiannya, tasrif adalah proses mengubah rupa dan bentuk satu-satu perkataan bagi tujuan menghasilkan maksud yang berbeza .  Perkataan yang sinonim dengan tasrif ialah sarf (ٌٌُ صَرْف ). Tasrif juga disebut s