Posts

Showing posts from August, 2009

Tatacara Berselawat dan Salam Ke Atas Nabi

Assalamualaikum, Berselawat ke atas Nabi Muhammad shallallahualaihiwasalam merupakan ibadat yag dituntut dalam Islam. Dalilnya firman Allah Ta'ala: إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً - الأحزب: 57 "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi itu. Wahai orang-orang yang beriman selawatlah kamu ke atasnya dan bersalamlah kamu dengan penuh kesejahteraan" Kalimat صَلُّوا dan سَلِّمُوا adalah kata suruhan yang membawa maksud perintah terhadap orang-orang yang beriman untuk berselawat dan ucap selamat ke atas Nabi Muhammad shallallahu'alaihiwasallam. Apakah yang dikatakan selawat ? Selawat adalah perkataan Arab daripada صلوات , kata nama ganda sedangkan kata nama tunggalnya adalah صلاة bermaksud doa. Selawat bermaksud mendoakan keberkatan dan rahmat ke atas Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam. Hukum berselawat secara umumnya adalah sunat dalam semua keadaan

Yang Benar Itu Hanya Satu, Yang Batil Itu Banyak

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Firman Allah Ta'ala: اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ “Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan . Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” – Al-Baqarah:257 Allah Ta’ala menyebut bahawa Dia memberi petunjuk ke jalan selamat kepada orang yang mengikuti jalan yang diredhai-Nya . Demikian Dia mengeluarkan hamba-hamba-Nya yang beriman dari kegelapan, kekufuran dan keraguan menuju kepada cahaya yang hak yang jelas lagi terang, mudah, bersinar. Manakala orang-orang kafir penolong mereka adalah syaithan. Syaithanlah yang menghiasi mereka dengan kebodohan dan kesesata

Kesibukan Di Bulan Ramadhan

Image
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah. Kedatangan bulan Ramadhan sayugianya disambut dengan penuh kegembiraan dan amalan-amalan kebaikan yang berbentuk pengabdian terhadap Allah ‘Azza wa Jal. Bulan yang memiliki keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah Ta’ala kepada umat Islam. Sehinggakan Rasulullah shollallahu’alaihiwasallam bersabda kepada para sahabatnya ketika datangnya Ramadhan, yang bermaksud: “Wahai manusia ! kamu telah dinaungi bulan yang agung penuh barakah” Bulan dimana para sahabat dan salafussholeh menyibukkan diri dengan amalan-amalan soleh yang berupa amalan wajib maupun yang sunat seperti solat, sedekah, taat kepada amalan yang makruf serta menjauhi amalan mungkar. Siangnya dihidupkan dengan puasa yang wajib, malamnya dengan solat tarawih, qiyamullail serta setiap waktunya dipenuhi dengan zikir dan membaca Al-Quran. Inilah kesibukan yang dituntut di bulan Ramadhan dan jauhilah daripada kesibukan-kesibukan yang tidak dituntut melaksanakannya didalam bulan mulia

Ramuan Bawang Putih, Madu dan Cuka Epal Untuk Kesihatan Seisi Rumah

Image
Musim demam selsema ini amat membimbangkan kita semua tambahan lagi adanya penularan virus H1N1/09. Ekoran dari ketakutan dan kebimbangan sebahagian daripada kita terhadap wabak berjangkit ini (pandemic) pelbagai tips disebarkan untuk mengelakkan dari dijangkiti virus merbahaya ini. Ini termasuk sms yang saya terima daripada seorang rakan berkenaan rahsia mengapa orang cina kurang dijangkiti dan tiada kes kematian dikalangan bangsa itu sejak penularan virus tersebut. Amalan pemakanan orang cina yang gemarkan bawang putih adalah antara faktor mereka kurang mendapat jangkitan virus H1N1/09. Juga didapati tips mengambil supplement vitamin C secara kerap dan lebih dari seperti biasa. Sebaran tentang kelebihan bawang putih dan vitamin C dalam mengelakkan jangkitan virus secara saintifiknya adalah benar. Bawang Putih dikatakan berasal dari China. Dalam pada itu, janganlah dalam isu ini kita mengaitkan dengan semangat perkauman dan menganggap bangsa lain menyembunyikan tips-tips kesihatan ini

H1N1 dan Babi

Image
Assalamualaikum, Entri dalam fikrah kali ini adalah tentang virus H1N1 dan kaitannya dengan babi. Ini adalah pendapat saya semata-mata, mungkin terdapat beberapa siri kesalahan fakta kerana saya bukan seorang pakar perubatan, genetik atau taxonomi (maka minta diperbetulkan fakta menerusi komen dibawah). Namun demikian, saya juga berhak untuk tahu apa yang berlaku dan mengkajinya supaya faham kenapa ianya berlaku. Jadi, mari kita lihat dan fikirkan kenapa virus yang menyerang seluruh dunia hari ini diberi nama swine flu atau selsema babi dan apa kaitannya dengan binatang bernama babi. Lihat gambar di bawah ini: Proses Perpindahan Virus Ini adalah gambarajah atau carta aliran bagaimana dikatakan ianya selsema babi. Istilah yang digunakan dalam proses perpindahan ini ialah Antigenic Shift . Sila klik pada gambar untuk membesarkannya. Hakikatnya, nama H1N1 terlalu umum untuk dirujuk kepada virus yang baru ini kerana H1N1 adalah subtype Influenza A . Influenza A adalah sejenis virus be