Akhir Ramadhan Dimana Kita ? - Nasihat Syeikh Salih Fauzan

Assalamualaikum;

Saya masuk satu entri berupa satu nasihat yang amat berguna, kata rangsangan, khabar gembira dan ancaman buat diri ini agar sentiasa beristiqamah dalam ketaatan kepada Allah Ta'ala mengharapkan taufik, inayah dan hidayah Allah Ta'ala sebelum, semasa dan selepas Ramadhan...dimana kita ?

Oleh Syeikh Salih Fauzan Al-Fauzan
Nukilan daripada e-book terjemahan Bimbingan Meraih Kemulian Ramadhan.

Wahai hamba Allah ! renungkanlah betapa cepatnya berlalu malam dan siang dibulan ini. Ketahuilah bahwa dengan berjalannya waktu tersebut, berkuranglah pula usia kamu dan dilipat lembaran-lembaran amal kamu. Segaralah bertaubat kepada Allah dan beramal solehlah sebelum hilang kesempatan yang sangat berharga ini.

Wahai hamba Allah, baru kelmarin kamu menyambut kedatangan Ramadhan, dan hari ini kamu akan meninggalkannya dengan membawa oleh-oleh yang kamu tinggalkan di bulan itu. Bulan ini menjadi saksi terhadap apa yang kamu telah lakukan.Berbahagialah bagi mereka yang persembahkan disisi Allah berupa kebaikan, yang akan memberi syafaat kepadanya untuk masuk ke dalam syurga dan membebaskannya dari neraka. Sebaliknya, celakalah bagi mereka yang persembahannya disisi Allah berupa kejelekan. Ramadhan mengadu kepada Tuhannya kerana sikap melampaui batas yang dilakukannya dan penyia-nyian terhadapnya. Tinggalkanlah bulan puasa dan qiamullail ini dengan kesudahan yang baik, kerana amal perbuatan itu bergantung pada akhirnya.

Barangsiapa yang berbuat baik dibulan tersebut, maka sempurnakanlah. Barangsiapa yang berbuat jelek di bulan tersebut, maka bertaubatlah dan beramal solehlah pada sisa-sisa hari yang tinggal. Boleh jadi Ramadhan tidak akan bertemunya lagi pada tahun akan datang.Maka tetapkanlah dengan berbuat kebaikan dan teruslah beramal soleh pada bulan lain sebagaimana yang kamu lakukan di bulan Ramadhan. Tuhan kepada bulan itu satu, Dia menyaksikan kamu dan Dia telah memerintahkan kamu untuk mentaati-Nya sepanjang hayat. Barangsiapa yang menyembah bulan Ramadhan, maka bulan itu pasti habis dan hilang. Barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Dia Maha Hidup dan idak pernah akan mati.

Teruskanlah ibadahmu setiap waktu kerana sebahagian manusia ada yang hanya beribadah pada bulan Ramadhan sahaja. Mereka menjaga solat lima waktu di masjid, memperbanyak membaca Al-Quran dan bersedekah harta. Tetapi apabila bulan Ramadhan selesai, mereka bermalasan dalam berbuat ketaatan dan kadangkala mereka meninggalkan solat Jumaat dan solat jemaah sehingga mereka menghancurkan apa yang telah mereka bangunkan. Mereka melanggar sesuatu yang telah mereka sahkan, sepertinya mereka mengira bahawa kesungguhan mereka beribadah di bulan Ramadhan akan menghapus kejelekan dan kerosakan yang mereka lakukan kerana meninggalkan hal-hal yang diwajibkan atau melakukan hal-hal yang dilarang pada tahun itu. Merek tidak tahu bahawa penghapusan dosa pada bulan Ramadhan dan selainnya itu terkait dengan peninggalan terhadap dosa-dosa besar dan dosa-dosa yang menghancurkan. Allah Ta'ala berfirman:


إِن تَجْتَنِبُواْ كَبَآئِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلاً كَرِيماً

"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia" - An-Nisa:31.

Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam bersabda:

"Solat lima waktu, Jumaat satu ke Jumaat lain dan Ramadhan satu ke Ramadhan yang lain merupakan penghapus dosa antara keduanya selama dia menjauhi dosa-dosa besar."

Dosa-dosa manakah yang lebih besar (selain Syirik) daripada menyia-yiakan solat ? Perbuatan ini telah menjadi adat kebiasaan pada sebahagian manusia. Seandainya mereka bersungguh-sungguh Allah telah menulis pahala (kewajiban) dan nafilah-nafilahnya sebelum dia memasuki bulan tersebut. Dia menulis dosa dan kecelakaannya sebelum memasukinya. Hal itu kerana seorang mukmin menganggap amalan pokok dan nafilah pada bulan tersebut sebagai ibadah kepada Allah, dan orang-orang munafik menganggap hal tersebut sebagai saat untuk mencari-cari kelalaiannya dan aurat orang mukmin. Maka sebaik-baik harta rampasan perang adalah harta rampasannya orang-orang mukmin." Al-Hadis.

Orang-orang mukmin bergembira dengan selesainya bulan Ramadhan kerana telah menggunakannya untuk beribadah dan berbuat ketaatan. Dia mengharapakn pahala dan keutamaannya. Orang Munafik bergembira dengan selesainya bulan Ramadhan kerana dia bernostalgia lagi dengan maksiat dan syahwat yang terpenjara di bulan Ramadhan. Hal itu kerana orang mukmin mengikuti bulan itu dengan istighfar, takbir, dan ibadah. Sementara orang munafik mengikutinya degan maksiat, perbuatan sia-sia, perayaan yang penuh degan muzik, gitar dan gendang, Mereka bahagia kerana terlepas daripada penjara bulan Ramadhan.

Bertakwalah kepada Allah wahai hamba Allah, tinggalkanlah bulan ini dengan taubat dan istighfar kepada Allah.

Washallallahu 'ala nabiyyina Muhammadin....

Taqabbalallahu minna waminkum
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين