Posts

Latarbelakang Surah Al-Baqarah

Surah Al-Baqarah Diturunkan Di Madinah. Tiada perselisihan pandangan tentang keseluruhan al-Baqarah diturunkan di Madinah. Lebih lagi al-Baqarah adalah surah pertama yang diturunkan di Madinah, semasa, Allah swt berfirman, وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ “Dan takutlah kamu pada hari kamu dikembalikan padanya kepada Allah” adalah ayat yang akhir yang diturunkan dari al-Quran. Juga ayat tentang usury adalah antara ayat yang akhir diturunkan. Khalid bin Ma’dan pernah memanggil al-Baqarah sebagai fustat al-Quran. Ada ulama berkata bahawa ia mengandungi beribu insiden baru, beribu suruhan dan beribu larangan. Mereka yang membilang mengatakan bahawa jumlah bilangan ayat al-Baqarah adalah 287, dan perkataannya 6,221 patah perkataan. Seterusnya, hurufnya adalah 25,500 huruf. Wallahualam. Ibnu Juraij meriwayatkan bahawa ‘Ata berkata bahawa Ibnu Abbas berkata, ‘ Surah al-Baqarah diturunkan di Madinah’ . Juga berkata Khasif dari Mujahid bahawa Abdullah bin Zubair berkata; ‘Su...

Syariat Islam

Makna Syariah Dalam Islam. “Syariah” dalam kamus serta syarahnya adalah segala sesuatu yang ditetapkan Allah kepada hamba-Nya berupa cara hidup termasuk di dalamnya perintah suruhan dan larangan seperti puasa, solat, haji, zakat dan seluruh amalan kebajikan. Perkataan “syariah” ini muncul dari firman Allah swt: ﴿ثُمَّ جَعَلْنَـكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الاٌّمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَآءَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ ﴾ “Kemudian kemudian kami jadikan engkau di atas syari’ah dari urusan itu maka ikutilahnya dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui [1] ” – Al-Jathiyah:18 Lafaz “syara’a” ini sebagai kata kerja dan “syari’ah” sebagai kata nama, sedangkan dalam bentuk kata kerjanya di dalam firman Allah swt: ﴿شَرَعَ لَكُم مِّنَ الِدِينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِى أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُواْ الدِّينَ وَلاَ تَتَفَرَّقُواْ فِيهِ﴾ “Dia telah menetapkan bagi kamu daripada agama i...

Kelebihan Surah al-Baqarah dan al-Imran

Bismillahirrahmanirrahim; Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ! Aku memuji-Nya dan aku memohon pertolongan dan keampunan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada sesembahan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah. Amma ba’d: Ini adalah terjemahan yang saya nukilkan dari kandungan kitab tafsir Ibnu Katsir, Tafsir fi Quranil 'Adzim dalam tafsir surah al-Baqarah dalam bab Kelebihan surah al-Baqarah dan al-Imran: Imam Ahmad berkata bahawa Abu Nu’aim mengkhabarkan kepada mereka bahawa Bishr bin Muhajir berkata bahawa Abdullah bin Buraidah meriwayatkan kepadanya dari ayahnya, “Aku duduk bersama dengan Nabi saw dan aku mendengar beliau bersabda, تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَة “Pelajarilah surah al-Baqarah maka sesungguh darinya barakah, meninggalkannya adalah kedukaan, dan tidak mampu baginya kebatilannya” Dia tetap berdiam sebentar dan kemudian bersabda, تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْب...

Puasa Di Bulan Ramadhan

Bimillahirrahmanirrahim, Sesungguhnya segala pujian hanyalah milik Allah Ta'ala, yang aku sanjungi-Nya, tempat aku meminta pertolongan dan mengharap pengampunan-Nya, aku memohon perlindungan Allah dari keburukan diri aku dan kejelekan amalanku. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah tiada siapa yang dapat mneysatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah tiada siapa yang dapat memberinya pertunjuk.Aku bersaksi bahwa tiada sesembahan yang hak untuk disembah melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya. Amma Ba’du : Hari ini 11 Sya’ban 1429 Hijrah, lagi 19 hari (menurut kaedah hisab) akan tiba bulan Ramadhan, bulan dimana seluruh umat Islam didunia akan mula berpuasa bagi menunaikan salah satu kewajiban dalam Islam. Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu dari rukun Islam yang 5, sebagaimana hadis dari Ibnu Umar ra beliau berkata telah bersabda Rasulullah SAW : بُنِيَ الاسلام على خمسٍ شَهَادة أن لااله ال...

Kelebihan Surah Al-Baqarah

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta para pengikutnya dan para sahabat ra. Amma ba'd; Didalam Musnad Ahmad, Sahih Muslim, at-Tarmidzi dan an-Nasa’I merakamkan bahawa Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad saw bersabda; لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا فَإِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ لَا يَدْخُلُهُ الشَّيْطَان “Jangan menjadikan rumah kamu satu kubur. Sesungguhnya rumah yang didalamnya dibaca surah al-Baqarah tidak akan dimasukinya syaitan” Tarmidzi berkata, “Hasan Sahih” Juga telah berkata, Abdullah bin Mas’ud, “Syaitan terbang lari dari rumah dimana surah al-Baqarah didengari”. Hadis ini dikumpulkan oleh an-Nasa’i dalam al-Yaumu wal Lailah, dan al-Hakim di dalam Mustadrak, dan mengatakan rantaian periwayatannya adalah sahih, walaupun tidak dikumpul dalam shahihain (Bukhari dan Muslim). Dalam Musnadnya, ad-Darimi merakamkan bahawa Ibn Mas’ud berkata, “Syaitan meninggal pergi rumah dimana su...

Sejarah Timbulnya Khawarij

Image
Bismillahirrahmanirrahim; Alhamdulillah ! Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW beserta para pengikutnya dan seluruh para sahabat baginda. Setelah itu; Pada saat Ali karramallahu wajhah mendapat bai’ah dari penduduk Madinah dan memegang tampuk pimpinan di Madinah, beliau melihat bahawa ada beberapa pejabat pemerintah yang diangkat oleh Khalifah Usman bin ‘Affan ra yang menduduki jabatan tersebut tidak perlu dikekalkan, ini termasuk Mu’awiyah ra yang memegang jawatan sebagai Gabenor Syam sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab ra hingga zaman Khalifah Usman bin Affan ra yang terbunuh. Namun, Muawiyah ra yang selama ini menjawat jawatan Gabenor Syam enggan berbai’ah kerana beliau berpendapat selagi tuntutan perlaksanaan hukum qisas terhadap pembunuh Khalifah Usman ra belum dilunaskan, beliau berkeras tidak akan membai’ah Ali kaw. Khalifah Ali kaw berpendapat, urusan perlaksanaan qisas ke atas Khalifah Usman ra boleh dita’khirkan. Perselisihan ini akhirnya, ...