Pengantar Al-Fiqhul Manhaji (Bhg:1)
بسم الله الرحمن الرحيم [ Alhamdulillah ! Insyallah kini tiba masanya sebagaimana yang dirancangkan oleh saya untuk memulakan satu entri khusus dalam pelajaran fiqh ini. Kitab Fiqh Manhaji dimulakan dengan pengenalan kepada maksud fiqh dan kepentingannya. Membahaskan sumber-sumber yang menjadi dalil-dalil kepada hukum-hukum syariat. Seterusnya mengenali istilah-istilah yang diguna pakai oleh fuqaha dalam menetapkan hukum-hukum berbentuk suruhan dan larangan. Pelajaran ini diletakkan dibawah tajuk "madkhalun" iaitu "pengantar". Terjemahan secara bahasanya adalah "tempat masuk", dan ini dapat kita fahami bahawa sebelum mengetahui perihal hukum-hukum yang berbentuk amalan atau sebelum meneruskan mengambil isi-isi hukum fiqh hendaklah kita masuk dahulu melalui pintunya iaitu mengetahui asas terbinanya hukum-hukum syariat yang berbentuk amaliyah. Ini kerana memahami asas-asas kepada terbinanya sesuatu hukum itu akan memudahkan kita beramal dengannya secara