Perubahan Akhir Kalimat
Saya hendak menyentuh tentang perubahan akhir kalimat Bahasa Arab. Tentu kita semua pernah ketemu sesuatu kalimat yang sama di dalam al-Qur'an tetapi akhir kalimatnya berbeza. Kita ambil contoh tiga ayat al-Qur'an bagi menjelaskan keadaan ini. وَ أَنْزلْنا إليك الكتابَ و من أهل الكتابِ ذالك الكتابُ Perhatikan kalimat الكتاب , terdapat tiga variasi bacaan akhir kalimat tersebut. Pertamanya bacaan dengan baris atas, keduanya bacaan dengan baris bawah dan ketiganya dengan bacaan baris depan. Kalimat yang sama tetapi bacaan akhir kalimatnya berbeza antara satu sama lain. Inilah yang saya katakan sebagai perubahan akhir kalimat. Dalam pelajaran bahasa arab, perubahan akhir kalimat ini dinamakan al-'iraab, ejaan Arab الإعراب . Secara istilah, al-'iraab ialah perubahan diakhir kalam disebabkan perbezaan faktor-faktor yang mendahuluinya secara tertulis atau secara anggapan sahaja. Kalimat tunggal atau bersendirian tanpa bersatu dalam ayat tidak memili