Posts

Dengarkan "Ghuraba"

Assalamualaikum; Berhibur tiada salahnya oleh itu, dengarkan "Ghuraba" nyanyian Syeikh Sa'id Al-Ghamidi.Ini adalah video pertama yang saya hasilkan, sebarang komen dialukan: Macam mana ? Maksud saya, siapakah "ghuraba" yang sebenarnya ? Pastinya bukan pelancong asing, sesiapa sahaja boleh menjadi orang asing, mengasingkan diri, diasingkan atau terasing. Pengasingan boleh memiliki banyak sebab, menjadi asing kerana benar atau diasingkan kerana salah. Siapakah Ghuraba ? Untuk mengenalinya marilah kita lihat kepada hadis yang disandarkan perkataan ini. Atas kelemahan diri, hadis ini ada diriwayatkan dalam Sahih Musim, dan materi hadis: عن أبي هريرة؛ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ غريبا. فطوبى للغرباء". "Daripada Abi Hurairah ra, beliau telah berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Permulaan Islam itu dalam keadaan asing, dan akan kembali sebagaimana permulaannya dalam keadaan asing jua. Maka...

Rezeki: Kepada Siapa Patut Dibelanjakan ?

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Firman Allah Ta'ala: يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلْ مَا أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ (البقرة:215 ) “Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” Ketika saya membaca Al-Quran dengan meneliti setiap maksud ayat-ayat yang dibaca, saya tertarik dengan firman Allah Ta'ala di atas...mmmm bukan bermaksud ayat-ayat lain tidak menarik dan tidak ada pengajarannya, tetapi ayat 215 dari Surah Al-Baqarah ini tentang bagaimana membelanjakan harta. Masya Allah ! Cantiknya Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi, hinggakan bab membelanjakan harta t...

Syariat Nasrani

Sementara dalam agama Nasrani, dikenal bagi mereka yang mempelajarinya sebagai syariat yang tidak terperinci dalam mengatur kehidupan dan masyarakat. Rahsianya, kerana agama Nasrani berpegang teguh kepada syariat Nabi Musa as dalam berbagai perkara kerana di dalam Injil sekarang ada mengatakan bahawa Isa al-Masih as sebagai berkata: “ Aku tidak datang untuk merombak syariat Musa, malah aku datang sebagai penyempurna ” Namun demikian, kenyatannya mereka telah mengubah sebahagian hukum Taurat, seperti mengharamkan daging, serta mengganti sebahagian hukum-hukum seperti hukum rejam bagi yang berzina, qisas dan yang lainnya, sebagaimana disebutkan: “ barangsiapa di antara kamu ada tanpa dosa, hendaklah ia membaling dengan batu…..” dan disebutkan pula: “sesungguhnya orang sebelum kamu berkata: “Gigi dibalas gigi”, namun akau berkata: “Barangsiapa yang memukul pipi kananmu, maka berikan pipi kirimu kepadanya…” Orang-orang yang meneliti Injil, iaitu Injil sekarang ini, pasti tidak akan menemuk...

Syariat Yahudi

Agama Yahudi mencakupi syari’at yang terperinci dan jelas yang berkaitan dengan muamalat, ibadah dan berbagai-bagi kehidupan yang beragam. Hal ini seperti yang di firmankan Allah dalam Al-Quran ketika berbicara tentang Nabi Musa as; ﴿وَكَتَبْنَا لَهُ فِى الاٌّلْوَاحِ مِن كُلِّ شَىْءٍ مَّوْعِظَةً وَتَفْصِيلاً لِّكُلِّ شَىْءٍ فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُواْ بِأَحْسَنِهَا سَأُوْرِيكُمْ دَارَ الْفَـسِقِينَ ﴾ “Dan telah kami himpunkan baginya di dalam papan-papan tulis dari tiap-tiap sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi bagi tiap-tiap sesuatu, maka ambillah dia dengan teguh dan suruhlah kaummu mengambilnya dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang yang fasik.” [6] Antara sebahagian dari hukum-hukum Taurat yang diisyaratkan Al-Quran terdapat dalam surah Al-Maidah sebagaimana berikut; ﴿إِنَّآ أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَالرَّبَّانِيُّونَ...

Tanggungjawab Eksklusif

Image
Apakah yang kita faham sebenarnya tentang tanggungjawab ? Tanggungjawab adalah sinonim dengan perkataan amanah, tanggungjawab adalah tugas yang dibebankan ke atas individu sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya dalam melaksanakan tugas tersebut. Dalam istilah agama disebut sebagai taklif, iaitu dibebankan dengan tanggungjawab. Orang yang menerima bebanan dipanggil mukallaf. Tentu kita pernah dengar usia mukallaf ?Iaitu usia dimana seseorang itu dianggap boleh menerima bebanan, dan hal ini dikecualikan kepada mereka yang dibawah umur dan mereka ini tidak dibebani dengan tanggunjawab. Kita dah kenal apa itu tanggungjawab, apakah sama tanggungjawab antara kita dengan individu yang lain ? Kalau dilihat pada takrifnya, tanggungjawab itu sebenarnya relatif ianya tidak sama antara individu dan individu yang lain. Contohnya tanggungjawab keselamatan, tidak mungkin kita akan meletakkan keseluruhan tanggungjawab keselamatan itu di atas kesemua bahu individu yang ada dalam sesebuah organisasi a...

Sekilas Isteri-Isteri Nabi SAW

Assalamualaikum; Alhamdulillah, segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarganya dan juga para sahabat baginda. Allah tidak melantik seorang utusan-Nya untuk manusia dari kalangan malaikat dan jin kerana antara tujuan perutusan Rasul adalah membimbing manusia melalui suri tauladan, bagaimana malaikat dan jin dapat melakukan perkara seumpama itu sedangkan fizikal dan kejadian serta keperluan mereka amat berbeza dari manusia. Kehidupan Rasulullah saw tidak lebih biasa daripada kita dari segi keperluan fizikal seperti makan minum, berpakaian, berumahtangga, dan segalanya yang berkaitan dengan keinginan seorang manusia. Ini adalah kisah rumahtangga Nabi Muhammad SAW, yang boleh kita mengambil pelajaran daripadanya, cuma jangan nikah lebih dari 4...ye ! 1) Siti Khadijah binti Khuwailid – Ummul Mukminin “Allah tidak memberi kepadaku pengganti isteri yang lebih baik dari dia (Khadijah ra). Dia beriman ke...

Pendirian Yang Teguh Adalah Sifat Orang Beriman

Image
Hati yang teguh, tetap pada pendiriannya adalah antara sifat-sifat yang baik pada diri seorang mukmin. Hal itu meliputi teguh atas perkataan yang hak dan iktikadnya. Firman Allah: " يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ" (سورة إبراهيم الآية 27). “Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang teguh dalam kehidupan dunia dan juga dalam kehidupan akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah memperbuat apa yang dikehendaki” Seterusnya keteguhan hati yang terpuji adalah bersabar apabila bertemu dengan musuh. Firman Allah : " يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيراً لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ " (سورة الأنفال الآية 45). “Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka teguhkanlah hati kamu dan sebutlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu...