Posts

Kenapa sukar berhenti rokok ye ?

Bestnya malam ni hidangan makan malam ! Sambal belacan, ulam-ulam memang sedap sekali dimakan. Siap dengan kari kepala ikan, masakan mamak. Menu makanan cuci mulut pun ada juga, tambah selera. Lepas tu….fuuuuuh..hisap rokok !! Siapa yang tak mau menghabisi hidangan seperti ini dengan menyedut methane, arsenic dan methanol ? Apakah cara terbaik untuk menyudahkan hidangan malam ini dengan menghisap sedikit dari hasil industri cecair pencuci, amonia, butane dan cadmium semuanya menerusi penapis cellulose yang lazat ? Bahan-bahan ini amat baik untuk mencuci tandas dan memberi kuasa pada bateri, maka sudah tentu cukup baik untuk rawatan selepas makan. Kebanyakan perokok tetap, bersetuju bahawa merokok selepas makan adalah satu keseronokan hidup yang begitu simpel. Begitu juga dengan rokok selepas bangun tidur, rokok ketika rehat dari kerja, rokok ketika stress dan rokok ketika minum kopi pagi hari. Sementara itu perokok akan menyenaraikan pelbagai alasan kenapa mereka masih merokok ...

Kenali Ulama: Imam Az-Zanji, Ahli Feqah Mekah & Guru Imam As-Syafie

Nama beliau ialah Muslim bin Khalid Al-Makhzumi Al-Makki , dikenali dikalangan ulama sebagai Imam Az-Zanji . Terdapat beberapa alasan yang diriwayatkan kenapa beliau digelar "Az-Zanji ". "Az-Zanji" secara literal bermakna ' hitam ' dan istilah ini telah digunakan dalam bahasa Arab moden merujuk kepada seseorang yang berbangsa negro. Abdullah ibn Ahmad ibn Hanbal bertanya Suwayd ibn Sa'id, " Mengapa beliau dipanggil 'Az-Zanji' ?" Beliau berkata, "Kerana beliau tersangatlah hitam!" Al-Hafiz Ibnu Hajar juga menyebut beliau digelar Az-Zanji kerana beliau tersangat sukakan kurma. Seorang hamba perempuan pernah berkata kepadanya, " Engkau ini tidak lain melainkan Zanji kerana kesukaan engkau kepada buah kurma!' Lalu gelaran tersebut melekat pada dirinya. Imam Az-Zanji amat terkenal di kalangan ahli feqah kerana menjadi guru pertama dalam ilmu fekah kepada Imam As-Syafie yang ketika itu berusia 15 atau 16 tahun....

Bahaya Memperolok-olok Agama

Oleh: Dr. Amin Abdullah As-Syaqawi Segala puji hanya bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW, dan aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi -Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya…Amma Ba’du: Dia antara dosa besar yang boleh membuat pelakunya keluar dari Islam dan menyebabkan dia kekal dalam neraka Jahannam adalah memperolok-olok Allah, Rasul -Nya, kitab -Nya dan orang-orang yang beriman. Melihat pembahasan judul ini sangat luas, maka saya akan membatasinya pada beberapa sub perbahasan berikut ini: Definasi memperolok-olok agama Islam. Adapun definasi memperolok-olok agama, dalam bahasa arab disebut dengan (al-istihza’) dia adalah masdar dari kata istahza’a yastahzi’u yang bermakna mengejek atau bergurau secara halus, atau memperolok dan mempermainkan. Sebagian ahli ilmu berkata: "Memperolok-olok agama ini dapat dibagi menjadi dua bagian: Memperolok-olok agama...

Ulasan Buku: Tasauf Menurut Ibnu Taimiyyah

Image
Assalamualaikum; Buku Tasauf Menurut Ibnu Taimiyyah adalah sebuah karya tulisan Dr. Thiblawy Mahmoud Sa'ad dan diterjemahkan oleh Ahmad Fauzi Hamid. Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk membetulkan tanggapan atau menafikan tuduhan oleh sesetengah pihak tentang berlakunya permusuhan atau penolakan antara Syeikhul Islam Taqiyuddīn Abu 'l-ʿAbbās Ahmad ibn ʿAbd al-Halīm ibn ʿAbd as-Salam Ibn Taymiya al-Harrani dengan ahli tasawwuf dan ilmu tasawwuf itu sendiri.Method penolakan dan penafian melalui jalan kajian bagaimana pandangan Ibnu Taimiyyah rhm terhadap golongan sufi melalui karya-karya tulis peninggalan beliau tentang tasawwuf dan golongan sufi. Buku ini dimulakan dengan pengertian "salaf", ini sangat menghairankan kerana yang hendak dibicarakan adalah tentang tasawwuf dan seharusnya pengertian tasawwuf patut diberi tumpuan.Kenapa demikian ? Alhamdulillah ! Setelah membaca buku ini, sedikit sebanyak saya dapat gambarannya tentang hal ini bahawa salaf adalah...

Perbezaan Pendapat Yang Diharamkan

Image
السلام عليكم Perbezaan pendapat dalam mengambil sesuatu keputusan adalah lumrah dalam kehidupan manusia termasuk dalam beragama. Walaupun setiap daripada orang lebih memilih kebenaran, tetapi selalunya kita tidak bersetuju antara satu sama lain tentang kebenaran itu dalam keadaan tertentu. Dalam konteks Islam, perbezaan pendapat tidak ditolak 100% bahkan ada sebahagian daripadanya diberi keluasan oleh Allah Ta'ala sebagai rahmat buat hamba-Nya. Sebahagiannya lagi adalah dilarang berlaku perbezaan pendapat iaitu perkara yang berkaitan dengan perkara ushul atau pokok dalam agama. Ar-Risalah kitab ushul fiqh yang pertama disusun oleh Al-Imam As-Syafi'e Imam Syafi'e rahimahullahuta'ala berkata dalam kitabnya Ar-Risalah dalam bab Al-Ikhtilaf: "Sesungguhnya aku mendapati ahli ilmu samada yang terdahulu dan terkemudian berbeza pendapat dalam sebahagian urusan mereka maka apakah mereka dibenarkan berlaku sedemikian? Aku mengatakan bahawa perbezaan pendapa...

Merokok Haram Di Pahang

Image
"Merokok haram di Pahang ! Itu yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Pahang sebagai fatwa untuk dikuatkuasakan. Mufti Pahang Dato' Abdul Rahman Othmman berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Negeri, Disember tahun lalu.Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas menilai kewajaran merokok serta kesannya kepada masyarakat umum. Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah mengeluarkan fatwa merokok haram kerana boleh menjejaskan kesihatan. Fatwa itu bagaimanapun gagal dikuatkuasakan di kebanyakan negeri kerana belum diwartakan. Pada masa ini larangan merokok hanya dikuatkuasakan di kawasan masjid." - Petikan Buletin Utama TV3, 23/01/2010.

Perbezaan Syariah dan Fiqh

Image
Assalamua'alaikum warahmatullahi wabaraktuh; Dikalangan penulis terutamanya mereka yang berfahaman liberal memahami bahawa hukum syariah dan hukum fiqh itu berbeza. Mereka mendakwa hukum fiqh adalah produk akal manusia bukan datang daripada Allah Ta'ala dan hukum syariah itulah sebenarnya hukum-hukum yang datang daripada Allah Ta'ala. Benarkah dakwaan mereka ini ? Mereka juga berjaya mempengaruhi sebahagian daripada orang-orang awam dengan kefahaman ini. Lantas berlakunya penolakan terhadap hukum-hukum fiqh oleh mereka dan mencukupkan diri dengan hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran sahaja atau Al-Quran dan As-Sunnah sahaja. Ini adalah sesuatu yang tidak benar sama sekali. Menolak hukum-hukum fiqh secara tidak langsung sebenarnya menolak syariat Allah itu sendiri. Kitab Al-Umm, kitab fiqh mazhab Al-Imam As-Syafi'e Sebelum mengupas lebih lanjut fenomena ketidakfahaman ini,marilah kita sama-sama menelaah sedikit maksud istilah syariah dan fiqh itu sendiri. Ma...