Posts

Tasrif (تَصْرِيف): Binaan Kalimah ( بنية الكلمة )

Sebagaimana yang dijanjikan, sebelum ini kita kenal pengertian kalimah dan pembahagiannya kepada Kalimah Tunggal dan Kalimah Terbitan, dan juga kita kenali huruf-huruf yang asli dan huruf-huruf yang menjadi tambahan dalam satu-satu kalimah. Selanjutnya dalam entri kali ini, kita akan lihat binaan kalimah berdasarkan huruf-huruf tersebut. Binaan Kalimah Berasaskan kepada Huruf Aslinya, kalimah mempunyai tiga jenis binaan: Kalimah yang mengandungi tiga Huruf Asli dipanggil at-Thulathi ( الثلاثيُّ ) atau Tiga Huruf . Kalimah yang mengandungi empat Huruf Asli dipanggil ar-Ruba’I ( الرُّبَاعِيُّ ) atau Empat Huruf . Kalimah yang mengandungi lima Huruf Asli dipanggil al-Khumasi ( الخُماسيُّ ) atau Lima Huruf .

Tasrif (تَصْرِيف): Kalimah

Sambungan daripada entri sebelumnya, iaitu pengenalan tentang ilmu tasrif. Kini kita masuk pula tentang topik perbincangan tentang perkataan Arab yang menjadi tulang belakang pada kajian ilmu tasrif. Pengertian Kalimah. Tatkala seseorang bercakap, pertuturannya atau sebutannya ( الفاظ ) samada ia membawa pengertian atau tidak membawa pengertian . Kalimah itu adalah lafaz tunggal (mufrad) menunjukkan maksud yang khusus. Kalimah adalah lafaz tunggal iaitu perkataan yang bukan ayat.  Dalam tasrif, lafaz yang membawa pengertian dipanggil lafaz dalam penggunaan ( لفظ مستعمل ).

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Image
Entri kali ini, setelah sekian lama tak aktif blogging, saya hendak berkongsi salah satu cabang ilmu Bahasa Arab yang paling menarik minat saya iaitu Ilmu Saraf, bukan urat saraf, dan bukan juga ilmu perang saraf tapi sebutan betulnya sorfun, dalam bahasa moden kita dinamakan Ilmu Morfologi iaitu satu ilmu yang mengkaji tentang pembentukan perkataan. InshaAllahu Ta'ala !. Pengenalan Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang ilmu tasrif, terdapat beberapa perkara pokok mesti diperkenalkan terlebih dahulu, bermula dengan pengertian tasrif ,  selok belok pengajian ini dan sedikit istilah yang akan berguna dalam entri kali ini. Pengertian Tasrif Dalam Bahasa Arab, tasrif secara bahasa bermaksud mengembangkan, mengubah, mengguna dan lain-lain.  Sudut pengertiannya, tasrif adalah proses mengubah rupa dan bentuk satu-satu perkataan bagi tujuan menghasilkan maksud yang berbeza .  Perkataan yang sinonim dengan tasrif ialah sarf (ٌٌُ صَرْف ). Tasrif juga...

Hukum Menjatuhkan dan Menukar Pemerintah

Anda bertanya saya menjawab “Seputar Hukum Menjatuhkan dan Menukar Pemerintah” Oleh Ustaz Emran Ahmad Di dalam Islam seseorang Imam itu wajib ditaati di sisi mazhab ahlul sunnah wal jamaah dan hal ini jelas berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak di dalam kitab dan sunnah. Mentaati mereka, memenuhi hak-hak mereka merupakan kewajipan yang mesti dipenuhi seperti yang diperintahkan oleh Allah dan rasul. Tetapi terdapat situasi yang agung dan penting yang memberi kesan besar kepada kehidupan umat Islam di dalam urusan dunia dan agama yang menjurus kepada darurat dan membawa kepada keperluan untuk menukar dan menjatuhkan Imam atau pemerintah. Hal-hal ini ada yang merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama dan ada pula yang menjadi khilaf di kalangan mereka. (lihat Kitab Al-Imamah Al-Uzma oleh Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-Domaiji, hal. 468) Hal-hal yang membolehkan Imam dan Khalifah (pemerintah) umat Islam dijatuhkan dapat diringkaskan oleh penulis kepada perkara berikut : ...

Pandangan Seorang Ustaz: Islam Anda Tafsiran Siapa ?

Islam anda tafsiran siapa ? Itulah pandangan yang dilontarkan oleh Al-Fadhil Ustaz Emran Ahmad hafizahullah. Beliau adalah antara salah seorang pendakwah bebas yang amat saya hormati dan kagumi. Memiliki pandangan yang kritis, tidak berpihak melainkan kepada mereka yang berpijak atas Al-Quran dan As-Sunnah serta cabang dari keduanya Ijma' dan Qiyas, luas pandangannya, seorang merdeka disisi manusia dan seorang hamba disisi Rabb-nya, tidak keterlaluan saya katakan beliau adalah seorang yang faqih dalam tingkatannya.

Kenali Ulama: Imam Abu Hanifah, 80-150 Hijrah

Imam Abu Hanifah ,nama sebenarnya Nu’man bin Thabit , di Kufah, Selatan Iraq pada tahun 80 Hijrah bersamaan 700 Masihi pada masa kekhalifahan Abdul Malik bin Marwan (Bani Umayyah). Imam Abu Hanifah datang daripada keluarga pedagang pakaian. Imam Abu Hanifah membesar sebagai seorang pemuda yang kuat beragama, dan dia menghafal Al-Quran ketika masih muda lagi. Dia juga mempelajari hadis agar dia mengetahui bagaimana menguruskan kehidupan dan perniagaannya mengikut panduan Islam kerana dia pasti bahawa dia bakal meneruskan perniagaan keluarganya yang sekian lama mendatangkan rezeki untuk keluarganya.

Akidah Imam Muhammad ibnu Idris As-Syafie (wafat. 204H).

Berkata Imam as-Syafie rahimahullah ,” Iman ialah perkataan dan perbuatan. Ia bertambah dan berkurang.” Seorang lelaki bertanya , “ Manakah perbuatan yang paling baik menurut pandangan Allah?” Jawab beliau, “Perbuatan yang tanpanya perbuatan lain tidak diterima.” Lelaki itu berkata, “ Dan apakah dia perbuatan itu?.” Beliau menjawab, “ Beriman kepada Allah bahawa tiada tuhan lain disisi-Nya,yang layak disembah ,adalah perbuatan yang tertinggi dalam tingkatan dan termulia antaranya dalam kedudukan dan paling banyak antaranya dalam peruntukkan ” Lelaki itu berkata, “ Bolehkah engkau beritahu kepada aku tentang iman; adakah perkataan itu bersamaan dengan perbuatan, atau perkataan tanpa perbuatan?” Beliau menjawab, “ Iman ialah perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana Allah, dan perkataan adalah sebahagian daripada perbuatan tersebut. Sesungguhnya, iman mempunyai syarat, tingkatan dan kedudukan. Antaranya ialah yang cukup sempurna, mencapai puncak batasan kesempurnaan. Demiki...