Posts

Pengantar Al-Fiqhul Manhaji (Bhg:1)

بسم الله الرحمن الرحيم [ Alhamdulillah ! Insyallah kini tiba masanya sebagaimana yang dirancangkan oleh saya untuk memulakan satu entri khusus dalam pelajaran fiqh ini. Kitab Fiqh Manhaji dimulakan dengan pengenalan kepada maksud fiqh dan kepentingannya. Membahaskan sumber-sumber yang menjadi dalil-dalil kepada hukum-hukum syariat. Seterusnya mengenali istilah-istilah yang diguna pakai oleh fuqaha dalam menetapkan hukum-hukum berbentuk suruhan dan larangan. Pelajaran ini diletakkan dibawah tajuk "madkhalun" iaitu "pengantar". Terjemahan secara bahasanya adalah "tempat masuk", dan ini dapat kita fahami bahawa sebelum mengetahui perihal hukum-hukum yang berbentuk amalan atau sebelum meneruskan mengambil isi-isi hukum fiqh hendaklah kita masuk dahulu melalui pintunya iaitu mengetahui asas terbinanya hukum-hukum syariat yang berbentuk amaliyah. Ini kerana memahami asas-asas kepada terbinanya sesuatu hukum itu akan memudahkan kita beramal dengannya secara...

Hari Anugerah

Alhamdulillah ! "Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! La ilaha illa Allah huwa Allahu Akbar ! Allahu Akbar wa lillahil Hamd !" Ramadhan tidak berlalu pergi meninggalkan kita tanpa apa-apa putusan, jawapan dan tidak berlalu meninggalkan kita dalam kebingungan, terpinga-pinga, dan tercengang.Seumpama sang kekasih pergi meninggalkan kekasihnya tanpa khabar dan berita, tanpa jawapan dan keputusannya. Siksanya jiwa jika diperlakukan begitu ! Tetapi tidak pada bulan Ramadhan ia pergi meninggalkan kita dengan anugerah dan ganjaran yang dijanjikan Tuhan. Itulah hari kemenangan, yang disambut setelah menyempurnakan tuntutan puasa bulan Ramadhan. Inilah ganjarannya, 'Iedul Fitri sebagai hari kejayaan dibulan Syawal sebaik sahaja selesai Ramadhan. Sunnahnya, 'Iedul Fitri disambut dengan penuh kegembiraan dan menzahirkan kegembiraan itu dengan memuji dan membesarkan Allah Ta'ala. Bagaimanapun, sebagaimana pernah saya katakan tentang amalan menyambut 10 malam terakhi...

Pelajaran Fiqh Di Blog

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Segala pujian bagi Allah, kami memuji-Nya, meminta pertolongan-Nya, memohon keampunan-Nya. Dan kami berlindung dengan Allah daripada kejahatan diri kami dan daripada kejelekan amalan perbuatan kami. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad (shallallahu'alaihiwasallam) itu Pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (shallallahu'alaihiwasallam) juga ke atas keluarganya, para sahabat dan kepada mereka yang mengikutnya seluruhnya. Selepas daripada ini, saya berniat untuk memulakan satu label bagi entri baru yang dikhususkan untuk pelajaran fiqh. Rujukan bagi pelajaran fiqh ini adalah Fiqhul Manhaji 'Ala Mazhab Al-Imamu As-Syafi'e tulisan bersama tiga orang pakar fiqh iaitu Syaikh Mustafa Al-Khin rahimahullah, Syaikh Mustafa Al-Bugha  hafizahullah dan Ustaz Ali As-Syurbaji  hafizahullah. Ketiga-tiga ulama ini merupakan ulama bermazhab Syafi'e dan pakar fiqh zaman ini. (S...

Akhir Ramadhan Dimana Kita ? - Nasihat Syeikh Salih Fauzan

Assalamualaikum; Saya masuk satu entri berupa satu nasihat yang amat berguna, kata rangsangan, khabar gembira dan ancaman buat diri ini agar sentiasa beristiqamah dalam ketaatan kepada Allah Ta'ala mengharapkan taufik, inayah dan hidayah Allah Ta'ala sebelum, semasa dan selepas Ramadhan...dimana kita ? Oleh Syeikh Salih Fauzan Al-Fauzan Nukilan daripada e-book terjemahan Bimbingan Meraih Kemulian Ramadhan. Wahai hamba Allah ! renungkanlah betapa cepatnya berlalu malam dan siang dibulan ini. Ketahuilah bahwa dengan berjalannya waktu tersebut, berkuranglah pula usia kamu dan dilipat lembaran-lembaran amal kamu. Segaralah bertaubat kepada Allah dan beramal solehlah sebelum hilang kesempatan yang sangat berharga ini. Wahai hamba Allah, baru kelmarin kamu menyambut kedatangan Ramadhan, dan hari ini kamu akan meninggalkannya dengan membawa oleh-oleh yang kamu tinggalkan di bulan itu. Bulan ini menjadi saksi terhadap apa yang kamu telah lakukan.Berbahagialah bagi mereka yang persembah...

Amalan Sunnah 10 Malam Terakhir Ramadhan

Image
Assalamualaikum; Ramadhan al-Mubarak ! Malam 10 terakhir bulan Ramadhan adalah malam yang didalamnya boleh kita bahagikan kepada 2 keadaan bagaimana ianya dilalui oleh umat Islam: 1) Bersungguh-sungguh beribadat. 2) Bersungguh-sungguh bermuamalat. Sesungguhnya 10 malam terakhir adalah malam yang khusus kerana pada malam itu dijangkakan berlakunya malam al-qadr, iaitu malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan beribadat. Maka hendaklah kita pada malam 10 terakhir menjadikannya sebagai malam beribadat dengan kesungguhan kerana itu adalah amalan Nabi Muhammad shallallahu'alaihiwasallam, para sahabat dan salafussholeh. Malam yang seharusnya kita meninggalkan segala hal yang berkaitan dengan dunia, dan menumpukan perhatian kepada ibadat. Ini bukan bermakna kita meninggalkan terus aktiviti bermuamalat kerana aktiviti tersebut berlaku waktu siang harinya dan hendaklah dilakukan sebagaimana biasa, tetapi malamnya hendaklah kita khususkan kepada ibadat.Marilah hidupkan amalan sunn...

Tatacara Berselawat dan Salam Ke Atas Nabi

Assalamualaikum, Berselawat ke atas Nabi Muhammad shallallahualaihiwasalam merupakan ibadat yag dituntut dalam Islam. Dalilnya firman Allah Ta'ala: إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً - الأحزب: 57 "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi itu. Wahai orang-orang yang beriman selawatlah kamu ke atasnya dan bersalamlah kamu dengan penuh kesejahteraan" Kalimat صَلُّوا dan سَلِّمُوا adalah kata suruhan yang membawa maksud perintah terhadap orang-orang yang beriman untuk berselawat dan ucap selamat ke atas Nabi Muhammad shallallahu'alaihiwasallam. Apakah yang dikatakan selawat ? Selawat adalah perkataan Arab daripada صلوات , kata nama ganda sedangkan kata nama tunggalnya adalah صلاة bermaksud doa. Selawat bermaksud mendoakan keberkatan dan rahmat ke atas Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam. Hukum berselawat secara umumnya adalah sunat dalam semua keadaan ...

Yang Benar Itu Hanya Satu, Yang Batil Itu Banyak

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Firman Allah Ta'ala: اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ “Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan . Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” – Al-Baqarah:257 Allah Ta’ala menyebut bahawa Dia memberi petunjuk ke jalan selamat kepada orang yang mengikuti jalan yang diredhai-Nya . Demikian Dia mengeluarkan hamba-hamba-Nya yang beriman dari kegelapan, kekufuran dan keraguan menuju kepada cahaya yang hak yang jelas lagi terang, mudah, bersinar. Manakala orang-orang kafir penolong mereka adalah syaithan. Syaithanlah yang menghiasi mereka dengan kebodohan dan kesesata...