Posts

Kenali Ulama: Imam Abu Hanifah, 80-150 Hijrah

Imam Abu Hanifah ,nama sebenarnya Nu’man bin Thabit , di Kufah, Selatan Iraq pada tahun 80 Hijrah bersamaan 700 Masihi pada masa kekhalifahan Abdul Malik bin Marwan (Bani Umayyah). Imam Abu Hanifah datang daripada keluarga pedagang pakaian. Imam Abu Hanifah membesar sebagai seorang pemuda yang kuat beragama, dan dia menghafal Al-Quran ketika masih muda lagi. Dia juga mempelajari hadis agar dia mengetahui bagaimana menguruskan kehidupan dan perniagaannya mengikut panduan Islam kerana dia pasti bahawa dia bakal meneruskan perniagaan keluarganya yang sekian lama mendatangkan rezeki untuk keluarganya.

Akidah Imam Muhammad ibnu Idris As-Syafie (wafat. 204H).

Berkata Imam as-Syafie rahimahullah ,” Iman ialah perkataan dan perbuatan. Ia bertambah dan berkurang.” Seorang lelaki bertanya , “ Manakah perbuatan yang paling baik menurut pandangan Allah?” Jawab beliau, “Perbuatan yang tanpanya perbuatan lain tidak diterima.” Lelaki itu berkata, “ Dan apakah dia perbuatan itu?.” Beliau menjawab, “ Beriman kepada Allah bahawa tiada tuhan lain disisi-Nya,yang layak disembah ,adalah perbuatan yang tertinggi dalam tingkatan dan termulia antaranya dalam kedudukan dan paling banyak antaranya dalam peruntukkan ” Lelaki itu berkata, “ Bolehkah engkau beritahu kepada aku tentang iman; adakah perkataan itu bersamaan dengan perbuatan, atau perkataan tanpa perbuatan?” Beliau menjawab, “ Iman ialah perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana Allah, dan perkataan adalah sebahagian daripada perbuatan tersebut. Sesungguhnya, iman mempunyai syarat, tingkatan dan kedudukan. Antaranya ialah yang cukup sempurna, mencapai puncak batasan kesempurnaan. Demiki...

Sebelum Membaca Al-Qur'an

Setibanya Ramadhan, ramai umat Islam mula memusatkan perhatian pada Al-Qur’an, mengadakan aktiviti pembacaan al-Quran samada bersendirian atau berkumpulan, saling memperdengarkan atau menyemak bacaan antara satu sama lain, mula memerhatikan akan maksud-maksud yang hendak disampaikan oleh Allah Ta’ala menerusi Al-Qur’an. Aktiviti sedemikian amat-amat dianjurkan oleh Islam , termasuk ibadah yang akan diberikan ganjaran oleh Allah Ta’la kepada yang mengamalkannya dengan kemurnian niat kerana Allah Ta’la dan mengikut sunnah Rasullullah saw. Apatah lagi dibulan Ramadhan yang mulia ini, bulan yang diturunkan Al-Quran pada satu malam yang tiada padanya dibulan-bulan yang lain digandakan pahala amalan setiap orang. Samada mereka yang telah lama beristiqamah mengamalkannya, atau mereka yang timbul-tenggelam , atau mereka yang baru hendak bermula dan berazam melakukannya dikesempatan Ramadhan mengharapkan ganjaran pahala, hidayah dan rahmat Tuhannya, semua itu dinilai oleh Allah Ta’ala untuk ...

Kenapa sukar berhenti rokok ye ?

Bestnya malam ni hidangan makan malam ! Sambal belacan, ulam-ulam memang sedap sekali dimakan. Siap dengan kari kepala ikan, masakan mamak. Menu makanan cuci mulut pun ada juga, tambah selera. Lepas tu….fuuuuuh..hisap rokok !! Siapa yang tak mau menghabisi hidangan seperti ini dengan menyedut methane, arsenic dan methanol ? Apakah cara terbaik untuk menyudahkan hidangan malam ini dengan menghisap sedikit dari hasil industri cecair pencuci, amonia, butane dan cadmium semuanya menerusi penapis cellulose yang lazat ? Bahan-bahan ini amat baik untuk mencuci tandas dan memberi kuasa pada bateri, maka sudah tentu cukup baik untuk rawatan selepas makan. Kebanyakan perokok tetap, bersetuju bahawa merokok selepas makan adalah satu keseronokan hidup yang begitu simpel. Begitu juga dengan rokok selepas bangun tidur, rokok ketika rehat dari kerja, rokok ketika stress dan rokok ketika minum kopi pagi hari. Sementara itu perokok akan menyenaraikan pelbagai alasan kenapa mereka masih merokok ...

Kenali Ulama: Imam Az-Zanji, Ahli Feqah Mekah & Guru Imam As-Syafie

Nama beliau ialah Muslim bin Khalid Al-Makhzumi Al-Makki , dikenali dikalangan ulama sebagai Imam Az-Zanji . Terdapat beberapa alasan yang diriwayatkan kenapa beliau digelar "Az-Zanji ". "Az-Zanji" secara literal bermakna ' hitam ' dan istilah ini telah digunakan dalam bahasa Arab moden merujuk kepada seseorang yang berbangsa negro. Abdullah ibn Ahmad ibn Hanbal bertanya Suwayd ibn Sa'id, " Mengapa beliau dipanggil 'Az-Zanji' ?" Beliau berkata, "Kerana beliau tersangatlah hitam!" Al-Hafiz Ibnu Hajar juga menyebut beliau digelar Az-Zanji kerana beliau tersangat sukakan kurma. Seorang hamba perempuan pernah berkata kepadanya, " Engkau ini tidak lain melainkan Zanji kerana kesukaan engkau kepada buah kurma!' Lalu gelaran tersebut melekat pada dirinya. Imam Az-Zanji amat terkenal di kalangan ahli feqah kerana menjadi guru pertama dalam ilmu fekah kepada Imam As-Syafie yang ketika itu berusia 15 atau 16 tahun....

Bahaya Memperolok-olok Agama

Oleh: Dr. Amin Abdullah As-Syaqawi Segala puji hanya bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW, dan aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi -Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya…Amma Ba’du: Dia antara dosa besar yang boleh membuat pelakunya keluar dari Islam dan menyebabkan dia kekal dalam neraka Jahannam adalah memperolok-olok Allah, Rasul -Nya, kitab -Nya dan orang-orang yang beriman. Melihat pembahasan judul ini sangat luas, maka saya akan membatasinya pada beberapa sub perbahasan berikut ini: Definasi memperolok-olok agama Islam. Adapun definasi memperolok-olok agama, dalam bahasa arab disebut dengan (al-istihza’) dia adalah masdar dari kata istahza’a yastahzi’u yang bermakna mengejek atau bergurau secara halus, atau memperolok dan mempermainkan. Sebagian ahli ilmu berkata: "Memperolok-olok agama ini dapat dibagi menjadi dua bagian: Memperolok-olok agama...

Ulasan Buku: Tasauf Menurut Ibnu Taimiyyah

Image
Assalamualaikum; Buku Tasauf Menurut Ibnu Taimiyyah adalah sebuah karya tulisan Dr. Thiblawy Mahmoud Sa'ad dan diterjemahkan oleh Ahmad Fauzi Hamid. Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk membetulkan tanggapan atau menafikan tuduhan oleh sesetengah pihak tentang berlakunya permusuhan atau penolakan antara Syeikhul Islam Taqiyuddīn Abu 'l-ʿAbbās Ahmad ibn ʿAbd al-Halīm ibn ʿAbd as-Salam Ibn Taymiya al-Harrani dengan ahli tasawwuf dan ilmu tasawwuf itu sendiri.Method penolakan dan penafian melalui jalan kajian bagaimana pandangan Ibnu Taimiyyah rhm terhadap golongan sufi melalui karya-karya tulis peninggalan beliau tentang tasawwuf dan golongan sufi. Buku ini dimulakan dengan pengertian "salaf", ini sangat menghairankan kerana yang hendak dibicarakan adalah tentang tasawwuf dan seharusnya pengertian tasawwuf patut diberi tumpuan.Kenapa demikian ? Alhamdulillah ! Setelah membaca buku ini, sedikit sebanyak saya dapat gambarannya tentang hal ini bahawa salaf adalah...